melihat kau bahagia adalah keinginanku..
kerana melihat kau sakit adalah sama dengan melihat diriku sakit..
membiarkan kau bahagia adalah keinginanku..
ku merasa sungguh gembira pabila kau bahagia..
kau ketawa aq merasakan diri ku turut sama tertawa..
kau menangis aq merasakan diri ku turut sama menangis..
biarpun masa berganti masa..
biarpun hari berganti hari..
aq harap sentiasa ada sinar di hari-harimu..
seperti mentari pagi menyinari sang bumi..
aq harap sentiasa ada cahaya didalam kegelapan untukmu..
seperti cahaya bulan yang menerangi bumi pabila waktu malam..
aq doakan kau sentiasa gembira sampai bila-bila..
semoga kau sentiasa sihat & dapat mencapai apa jua matlamat hidup kau..
aq disini insyaalah akan sentiasa mendoakanmu siang & malam..
tersenyum hati ini saat menconteng post ini... :)
No comments:
Post a Comment